Wednesday, November 25, 2009

9 zulhijah -wukuf di Arafah

Salam

9 Zulhijah - Wukuf di Arafah.

Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali! Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah.

Wukuf merupakan rukun Haji dan tanpa melaksanakan Wukuf di Arafah maka hajinya tidak sah.

Keadaan di Arafah seperti keadaan di Padang Mahsyar saat manusia dibangkitkan kembali dari kematian oleh Allah SWT.Saat itu semua manusia sama di hadapan Allah SWT, yang membezakan hanya amal yang dilkukan di dunia.

Hari Arafah mempunyai banyak kelebihan sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadis.

Maksud hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W. :-

"Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firmanNya "Hamba-hambaKu datang dari segenap pelusuk dunia yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka, semata-mata mengharapkan syurgaKu. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih di lautan nescaya Aku akan menghapuskan kesemuanya. Allah berfirman : "Keluarlah kamu daripada Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka."
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bazzar.

Memperbanyak membaca doa pada hari Arafah:

لاإله إِلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شييء قدير

Artinya, "Tiada tuhan kecuali Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya. Dialah Yang memiliki kerajaan (langit dan bumi) dan segala puji hanyalah untuk-Nya dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu."
Kemudian membaca ayat berikut:

شهد الله أنه لا إِله إلا هو والملائكة وأولو العلم قائما بالقسط لا إِله إِلا هو العزيز الحكيم

Artinya, "Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan (Yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (Yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

Beberapa doa yang boleh di amalkan bukan pada hari arafah saja tapi setiap hari.
Jadi pada hari ini banyak-banyak lah berdoa semoga apa yang kita hajatkan di perkenankan oleh ALLAH...AMIN. Kepada mereka yang dapat menunaikan fardhu haji pada tahun ini di permudahkan ALLLAH untuk mendapat haji mabrur.

Pesanan pada diri sendiri dan semua "Bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup 1000 tahun lagi,(kerja yang baik2 saja} dan beribadahlah kamu seolah olah kamu akan mati pada esok hari"

P/S Doakan kami suami isteri dapat menunaikan fardhu haji pada tahun hadapan...AMIN

Tuesday, November 24, 2009

ROTI CANAI

Salam

“Malaysians are generally not ready to trade roti canai for high fibre breads and teh tarik for plain water despite the risk of getting diabetes,” said Health Ministry’s deputy director of disease control, Dr Zainal Ariffin Omar

"a piece of roti canai contains about 350 calories with sugar equivalent to a plate of rice".
Roti canai makanan kegemaran di Malaysia, ia dimakan selalunya masa breakfast dengan teh tarik. Selalunya beli je roti canai tapi malam tadi disebabkan terlalu rajin dan semua bahan pun ada dan ada pula orang yang nak makan so mulalah menguli sebanyak 500gm
dapatlah 11 pcs boleh lah makan untuk 2 hari.

Pagi-pagi lagi dah try tebar bersama arif dan hafiz tapi tak menjadi so tarik2 sajalah n buat nipis. Bila dah masak rasanya boleh tahan tapi rupanya tak macam kat kedai mamak. Apa yang penting kenyang bila di makan bersama kari daging.

Makan roti canai once or twice a week oklah tapi lebih dari tu jaga2 nanti kena kencing manis macam article kat atas tu.

Sesiapa yang selalu makan roti canai tu rajin2 lah buat aerobic selam 30 mins or
larilah 3~4 round padang barulah dapat buang apa yang dah dimakan .

Exercise Helps Keep You Healthy.
So get up, turn off the computer and TV for a few minutes, and go for a walk! (I’ll join you…)

Sunday, November 22, 2009

AEROBIC

Salam,
Hari ni pagi2 dah bangun sebab tertidur awal malam tadi pukul 8.30pm agaknya.
Jadi bila bangun teringat pula dah lama tak buat aerobic and poco-poco, so this morning dengan besungguh-sungguh buatlah aerobic for 45 minutes, berpeluh2 seronoknya bila exercise ni.
Tapi poco-poco tak sempat buat sebab dah letih.
Lepas tu ingat nak masak apa for breakfast, angah, arif ada kat rumah, si hafiz gi majlis
khatam alQuran peringkat kebangsaan di Putrajaya n along tak balik. So surf my resipi di internet tengok2 apa yang boleh dimakan. Gi blog mat gebu "celebrate life with food" dapatlah resepi pizza, last week dah buat sebab terlalulah sedap so hari ni buat lagi.
Lepas tu gi stadium saja2 nak tengok ramai tak penduduk sekitar sepang ni exercise on sunday tapi amat mendukacitakan sebab tulah penduduk malaysia ramai yang 3G sebab malas nak exercise. Tapi apa yang penting diri sendiri mesti execise nak maintain...tak nak termasuk dalam 3G. Sambil tu dapat juga buat 4 round "brisk walking"
This activity will melt away the pounds, tone your flabby bits and leave you on an emotional high.This activity does not require gym membership or a personal trainer. All you need to do is walk. So jangan banyak alasan burn as many calories as you can to be fit.

Masa lepas exercise sempat baca majalah Solusi isu 13 kat pondok di stadium "Kewajipan Wanita sebagai anak"
Bagi yang belum berkhawin keutamaan ialah kepada kedua ibu bapanya tapi tak bermakna wanita boleh melupakan ibu bapa bila dah berkhawin.Jadi antara kewajipan nya ialah :

1. Merendah diri di hadapan ibu bapa, menundukkan muka bila bercakap, jangan menyinggung perasaan, bercakap kasar apatah lagi bercekak pingggang.

2. Penuhi keperluaan ibu bapa terutama apabila mereka dalam usia yang lanjut, bukan kemewahan yang diharapkan sebaliknya hanya kasih sayang dan perhatian dari anak-anak.

3. Tidak menyusahkan hati ibu bapa, sentiasa menjaga diri drp melakukan perkara yg merisaukan ibu bapa eg. balik malam2, jaga aurat, kehormatan diri dan menjadi anak yang
menyejukkan hati ibu bapa.

4. Mohon keampunan untuk ibu bapa, sentiasa doakan terutama selepas solat dan pada bila-bila masa pun.

5. Tidak meninggikan suara, bercakap lemah lembut. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata kasar dan menengking. Allah berfirman " Maka janganlah kamu mengucapkan "ah (cis) kepada mereka dan janganlah pula membentaknya, tetapi berkata-katalah terhadap mereka dengan kata-kata yang mulia.

6. Menghormati ibu bapa dalam percakapan dan perbuatan, bercakaplah dengan hormat jika kita tidak menghormati ibu bapa kita, kemungkinan satu hari nanti anak-anak kita akan memperlakukan kita sedemikian juga.

7. Tidak berdendam dengan ibu bapa, kadang berlaku perselisihan faham antara anak
dan kedua ibu bapa eg perceraian ibu bapa menjadikan anak berdendam. Jangan sekali2 menyebabkan air mata mereka menitis kerana kecewa dengan perilaku kita.

TANPA IBU BAPA SIAPALAH KITA

Friday, November 20, 2009

HAPPY HOLIDAYS

Salam,

Hari terakhir bersekolah for 2009, Happy holidays. Di Tadika Nur Mutiara Iman (teacher Najihah celebrate her 22nd birthday). May ALLAH continue to bless you life and give you the desires of your heart and may ALLAH be with you today and always...AMIN

Jamuan diadakan banyak makanan di sediakan kek, roti canai, donut, sweet and biscuit
Harapan kami agar anak-anak ini dapat menyesuaikan diri semasa di darjah 1, semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah berjaya di dunia dan di akhirat ...AMIN.

Thursday, November 19, 2009

RESULT UPSR

Salam,

Hari yang mendebarkan dah tiba, result UPSR di umumkan.Keputusan seluruh Malaysia meningkat
46,... ke 48,000 pelajar dapt semua "A". Hafiz 4A 1B. sedih juga tapi Alhamdulillah
cuba lagi masa PMR nanti. Petangnya pergi sekolah agama hantar borang untuk sekolah agama
B.B.Salak Tingg (SAM-B.B.ST) and SAM-Bestari USJ. Semoga dapat salah satu sekolah tesebut terutamanya SAMBEST walaupun susah nak dapat, dan dapat tinggal di asrama biarlah jadi anak yang berdikari dan matang sikit. Biar dia tahu nak basuh dan gosok baju sekolah sendiri seperti kakak2 dan abangnya yang lebih berdikari.

Wednesday, November 18, 2009

Bandar Baru Bangi

Salam,

Lepas hantar hafiz gi sekolah agama terus gi B.B.Bangi ada urusan bank.Sejak dah tak kerja di RMS Engineering dah lama tak gi B.B.Bangi, rindu pulak tapi perkara yang lepas jangan dikenang ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Kalau gi B.B.Bangi mesti tak lupa gi kedai Yummy nak beli stok bahan2 nak buat kek n biskut. Tak lama lagi cuti sekolah bolehlah try resepi baru n kenyanglah anak2 tapi baiklah along and angah balik weekend je kalau tak bertambahlah daging2 yang tak mendatangkan faedah...he he he (jangan marah nanti badan naik)

MAJLIS KECEMERLANGAN & KHATAM AL-QURAN

Salam,

SPM dan STPM bermula hari ini semuga anak-anak kita yang menduduki SPM n STPM dipermudahkan ALLAH untuk menjawap dengan tenang, mudah dan betul terutama nya MOHD HANIF (SAM BEST-SUBANG), MUHAMMAD (SMAP LABU) WAHIDAH (SMK B.B.BANGI) ATIQAH(SAM-S.BERNAM) N MUZAMMIL(HULU LANGAT)semoga lulus dengan cemerlang...AMIN.

Hari ni sepatutnya ada class Al quran tapi cancel sebab Ustazah Ana ada meeting kat
Masjid Hishamudin. Pengumuman kepada penduduk Sepang n kawasan yang berhampiran satu karnival akan diadakan :

KARNIVAL KEKELUARGAAN ISLAM DAN BARANGAN HALAL
TARIKH : 20-21 Nov 2009
TEMPAT : MASJID JAME' SULTAN HISAMMUDIN, BANDAR BARU SALAK TINGGI SEPANG.

JOM...JOM.. JOM DATANG KERANA SUMBER HALAL MENJAMAIN KELUARGA BAHAGIA.

Lagi 2 hari cuti sekolah akan bermula, majlis kecemerlangan dan Khatam Al-Quran akan diadakan di Kafa Integrasi Baitul Hikmah Taman Seroja. Malam tadi ustazah adek Hafiz call suruh buat 10 bunga telur untuk khatam Al-Quran, yang geramnya Hafiz tak bagi tau langsung kena buat bunga telur bila tanya dia kata lupa, rasa nak sekeh je budak tu tapi tak sampai hati
pulak sebab dia jelah kawan kat umah. Baik ada simpan bunga telur masa gi rumah orang kawin dulu jadi dapatlah menunaikan permintaan ustazah tadi...Alhamdullillah

Beberapa orang pelajar dari sekolah Intergrasi Baitul Hikmah terpilih untuk majlis Khatam Al Quran peringkat kebangsaan selama 3 hari(20-2 Nov 09. Alhamdulillah Hafiz Asyraaf terpilih.