Sunday, November 22, 2009

AEROBIC

Salam,
Hari ni pagi2 dah bangun sebab tertidur awal malam tadi pukul 8.30pm agaknya.
Jadi bila bangun teringat pula dah lama tak buat aerobic and poco-poco, so this morning dengan besungguh-sungguh buatlah aerobic for 45 minutes, berpeluh2 seronoknya bila exercise ni.
Tapi poco-poco tak sempat buat sebab dah letih.
Lepas tu ingat nak masak apa for breakfast, angah, arif ada kat rumah, si hafiz gi majlis
khatam alQuran peringkat kebangsaan di Putrajaya n along tak balik. So surf my resipi di internet tengok2 apa yang boleh dimakan. Gi blog mat gebu "celebrate life with food" dapatlah resepi pizza, last week dah buat sebab terlalulah sedap so hari ni buat lagi.
Lepas tu gi stadium saja2 nak tengok ramai tak penduduk sekitar sepang ni exercise on sunday tapi amat mendukacitakan sebab tulah penduduk malaysia ramai yang 3G sebab malas nak exercise. Tapi apa yang penting diri sendiri mesti execise nak maintain...tak nak termasuk dalam 3G. Sambil tu dapat juga buat 4 round "brisk walking"
This activity will melt away the pounds, tone your flabby bits and leave you on an emotional high.This activity does not require gym membership or a personal trainer. All you need to do is walk. So jangan banyak alasan burn as many calories as you can to be fit.

Masa lepas exercise sempat baca majalah Solusi isu 13 kat pondok di stadium "Kewajipan Wanita sebagai anak"
Bagi yang belum berkhawin keutamaan ialah kepada kedua ibu bapanya tapi tak bermakna wanita boleh melupakan ibu bapa bila dah berkhawin.Jadi antara kewajipan nya ialah :

1. Merendah diri di hadapan ibu bapa, menundukkan muka bila bercakap, jangan menyinggung perasaan, bercakap kasar apatah lagi bercekak pingggang.

2. Penuhi keperluaan ibu bapa terutama apabila mereka dalam usia yang lanjut, bukan kemewahan yang diharapkan sebaliknya hanya kasih sayang dan perhatian dari anak-anak.

3. Tidak menyusahkan hati ibu bapa, sentiasa menjaga diri drp melakukan perkara yg merisaukan ibu bapa eg. balik malam2, jaga aurat, kehormatan diri dan menjadi anak yang
menyejukkan hati ibu bapa.

4. Mohon keampunan untuk ibu bapa, sentiasa doakan terutama selepas solat dan pada bila-bila masa pun.

5. Tidak meninggikan suara, bercakap lemah lembut. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata kasar dan menengking. Allah berfirman " Maka janganlah kamu mengucapkan "ah (cis) kepada mereka dan janganlah pula membentaknya, tetapi berkata-katalah terhadap mereka dengan kata-kata yang mulia.

6. Menghormati ibu bapa dalam percakapan dan perbuatan, bercakaplah dengan hormat jika kita tidak menghormati ibu bapa kita, kemungkinan satu hari nanti anak-anak kita akan memperlakukan kita sedemikian juga.

7. Tidak berdendam dengan ibu bapa, kadang berlaku perselisihan faham antara anak
dan kedua ibu bapa eg perceraian ibu bapa menjadikan anak berdendam. Jangan sekali2 menyebabkan air mata mereka menitis kerana kecewa dengan perilaku kita.

TANPA IBU BAPA SIAPALAH KITA

3 comments:

Ain bintu Amir said...

mak... huhu.. bile bace2, sedih sgt rase.
seems like along mmg byk wat salah kt mak.. huu ;(

.ein said...

angah lagi ah.bkn takat cis je.hehe
mak, sorry.angah mmg pemalas la tatau ikut pragai sape la ni.hehe jgn marahhhh

Ain bintu Amir said...

ntah la kan.. haish2. dload cite jepun takde mls pon kot? haha