Wednesday, November 18, 2009

MAJLIS KECEMERLANGAN & KHATAM AL-QURAN

Salam,

SPM dan STPM bermula hari ini semuga anak-anak kita yang menduduki SPM n STPM dipermudahkan ALLAH untuk menjawap dengan tenang, mudah dan betul terutama nya MOHD HANIF (SAM BEST-SUBANG), MUHAMMAD (SMAP LABU) WAHIDAH (SMK B.B.BANGI) ATIQAH(SAM-S.BERNAM) N MUZAMMIL(HULU LANGAT)semoga lulus dengan cemerlang...AMIN.

Hari ni sepatutnya ada class Al quran tapi cancel sebab Ustazah Ana ada meeting kat
Masjid Hishamudin. Pengumuman kepada penduduk Sepang n kawasan yang berhampiran satu karnival akan diadakan :

KARNIVAL KEKELUARGAAN ISLAM DAN BARANGAN HALAL
TARIKH : 20-21 Nov 2009
TEMPAT : MASJID JAME' SULTAN HISAMMUDIN, BANDAR BARU SALAK TINGGI SEPANG.

JOM...JOM.. JOM DATANG KERANA SUMBER HALAL MENJAMAIN KELUARGA BAHAGIA.

Lagi 2 hari cuti sekolah akan bermula, majlis kecemerlangan dan Khatam Al-Quran akan diadakan di Kafa Integrasi Baitul Hikmah Taman Seroja. Malam tadi ustazah adek Hafiz call suruh buat 10 bunga telur untuk khatam Al-Quran, yang geramnya Hafiz tak bagi tau langsung kena buat bunga telur bila tanya dia kata lupa, rasa nak sekeh je budak tu tapi tak sampai hati
pulak sebab dia jelah kawan kat umah. Baik ada simpan bunga telur masa gi rumah orang kawin dulu jadi dapatlah menunaikan permintaan ustazah tadi...Alhamdullillah

Beberapa orang pelajar dari sekolah Intergrasi Baitul Hikmah terpilih untuk majlis Khatam Al Quran peringkat kebangsaan selama 3 hari(20-2 Nov 09. Alhamdulillah Hafiz Asyraaf terpilih.

1 comment:

Ain bintu Amir said...

si tembam tu memang la mak..
asek nak lupe je semua..
igt awek je kot.. haha :P

(abes la along blk rumah nnti kene blasah ngn adek.. hehehe)