Friday, November 13, 2009

HARI JUMAAT YANG BERKAT

Salam,

Hari Jumaat ni penghulu segala hari, jadi apakah amalan yang baik dilakukan pada hari yang mulia ini. Selalukan solat subuh berjemaah, segerakan pergi ke masjid untuk solat Jumaat jangan lagi 10 minit nak masuk waktu baru nak gi masjid.

Siapa yang datang awal akan dicatatkan baginya ganjaran seperti unta, seterusnya seperti lembu, seterusnya seperti kambing, seterusnya seperti ayam, seterusnya senilai telur ayam jadi fikirlah sendiri nak yang mana satu, tak kan nak telur ayam je.....

Amalan lain ialah baca surah Kahfi, Selawat ke atas Rasulullah sallahu alaihi wasallam,berdoa memohon segala yang kita hajati kerana ada pada hari jumaat ni ada waktu yang mustajab agar segala permintaan dan doa kita dimakbulkan.

Hari Jumaat yang mulia ni jugalah result PSRA keluar iaitu exam bagi anak-anak yang darjah 6 sekolah agama. My youngest child Hafiz mesti berdebar-debar tunggu result tapi tengok dia relax je maknya pulak yang risau.

Walaupun tak dapat MUMTAZ (90% and above) tapi alhamdullillah dapat JAIDJIDAN (86.6%) adalah lah peluang nak gi sekolah agama JAIS. Cousin Hafiz, Hanisah dapat 93.4%. Lepas ni tunggu result UPSR pulak minta2 dipermudahkan ALLAH untuk mendapat 5A..AMIN.

Semoga kita semua masih bernafas di bumi ALLAH pada hari-hari Jumaat yang akan datang...Insyaallah.

No comments: