Saturday, November 14, 2009

CERAMAH ALAM AKHIRAT

Salam,

Hari sabtu selalunya relax kat rumah, kalau rajin buat kek ke atau masak yang special utk family,
tapi pagi ni ada ceramah agama di Masjid B.B.Salak Tinggi mengenai hari akhirat oleh Puan Isfadiah dari mana ye....lupa pulak, orangnya muda dan comel.

Apa itu alam akhirat? Sebagai umat islam kita wajib percaya pada alam akhirat, salah satu daripada rukun iman. Semua manusia akan mati dan akan di bangkitkan kembali. Sebelum manusia perpindah ke alam akhirat kita semua kena tempuh dulu alam barzakh di mana kita akan
disoal jawap oleh malaikat dan di sinilah penentunya samaada kita masuk syurga atau di campakkan ke neraka jahanam... nauzubillah minal zalik (betul ke spelling nya).

Semasa ceramah tu ada di tunjukkakn video pemain bola sepak, imam, pendakwah bagaimana
mereka meninggal dunia.

Ditunjukkan video siksaan kubur seorang remaja berusia 18 tahun

Jadi ingatan kepada diri sendiri dan kepada semua ajal dan maut di tangan ALLAH dan mungkin akan menimpa kita pada bila2 masa...Tomorrow never knows.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

1 comment:

Ain bintu Amir said...

mak update blog!!
suke along bace~ hehe :)