Wednesday, November 25, 2009

9 zulhijah -wukuf di Arafah

Salam

9 Zulhijah - Wukuf di Arafah.

Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali! Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah.

Wukuf merupakan rukun Haji dan tanpa melaksanakan Wukuf di Arafah maka hajinya tidak sah.

Keadaan di Arafah seperti keadaan di Padang Mahsyar saat manusia dibangkitkan kembali dari kematian oleh Allah SWT.Saat itu semua manusia sama di hadapan Allah SWT, yang membezakan hanya amal yang dilkukan di dunia.

Hari Arafah mempunyai banyak kelebihan sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadis.

Maksud hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W. :-

"Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firmanNya "Hamba-hambaKu datang dari segenap pelusuk dunia yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka, semata-mata mengharapkan syurgaKu. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih di lautan nescaya Aku akan menghapuskan kesemuanya. Allah berfirman : "Keluarlah kamu daripada Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka."
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bazzar.

Memperbanyak membaca doa pada hari Arafah:

لاإله إِلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شييء قدير

Artinya, "Tiada tuhan kecuali Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya. Dialah Yang memiliki kerajaan (langit dan bumi) dan segala puji hanyalah untuk-Nya dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu."
Kemudian membaca ayat berikut:

شهد الله أنه لا إِله إلا هو والملائكة وأولو العلم قائما بالقسط لا إِله إِلا هو العزيز الحكيم

Artinya, "Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan (Yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (Yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

Beberapa doa yang boleh di amalkan bukan pada hari arafah saja tapi setiap hari.
Jadi pada hari ini banyak-banyak lah berdoa semoga apa yang kita hajatkan di perkenankan oleh ALLAH...AMIN. Kepada mereka yang dapat menunaikan fardhu haji pada tahun ini di permudahkan ALLLAH untuk mendapat haji mabrur.

Pesanan pada diri sendiri dan semua "Bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup 1000 tahun lagi,(kerja yang baik2 saja} dan beribadahlah kamu seolah olah kamu akan mati pada esok hari"

P/S Doakan kami suami isteri dapat menunaikan fardhu haji pada tahun hadapan...AMIN

1 comment:

Ain bintu Amir said...

Amin.. ikutkan ati, nak aje follow skali. tp kene kumpul dwet dulu.. hehe :)